Taklimat telah disampaikan oleh penceramah dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti iaitu En. Muthusamy a/l Mottain, Tn. Hj. Mohd. Nor bin Mahmud dan En. Selvarajoo a/l Madhavan.
Dapatan :
SKPM 2010 terdiri daripada 5 standard dan 93 aspek serta wajaran yang ditetapkan.
a) Standard 1 - Kepimpinan dan Hala Tuju
(8 aspek - 10%)
- Gaya Kepimpinan.
- Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju.
- Kemahiran Komunikasi.
- Kemahiran Merancang.
- Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah.
- Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah.
- Kepimpinan Instruksional.
- Perkongsian Kepimpinan.
b) Standard 2 - Pengurusan Organisasi
(8 aspek - 10%)
- Pengurusan Sumber Manusia.
- Pengurusan Prasarana.
- Pengurusan Kewangan dan Aset Alih (Harta Modal dan Inventori).
- Pengurusan Data dan Maklumat.
- Pengurusan Sumber Pendidikan dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK).
- Iklim.
- Permuafakatan Strategik.
- Pengurusan Asrama.
c) Standard 3 - Pengurusan Kurikulum,
Kokurikulum dan Sukan, dan
Hal Ehwal Murid (15 aspek - 20%)
Kurikulum
- Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum.
- Pengurusan Mata Pelajaran.
- Pengurusan Program Peningkatan Pencapaian Murid.
- Jadual Waktu.
- Pengurusan Peperiksaan, Pentaksiran dan Penilaian.
Kokurikulum dan Sukan
- Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum dan Sukan.
- Pengurusan Kelab dan Persatuan.
- Pengurusan Badan Beruniform.
- Pengurusan Program Sukan Untuk Semua.
- Pengurusan Sukan Untuk Kecemerlangan.
- Pengurusan Penilaian Kegiatan Kokurikulum dan Sukan.
Hal Ehwal Murid
- Ketetapan Pelaksanaan HEM.
- Pengurusan Disiplin.
- Bimbingan dan Kaunseling.
- Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid.
d) Standard 4 - Pembelajaran dan Pengajaran
- Penglibatan Murid.
- Penguasaan Pembelajaran Murid.
- Hasil Kerja Murid.
- Perancangan dan Persediaan Guru.
- Kaedah Penyampaian.
- Kemahiran Komunikasi.
- Penggunaan Sumber Pendidikan.
- Penilaian.
- Teknik Penyoalan.
- Penguasaan Isi Kandungan.
- Penguasaan Kelas (Bilik Darjah/Makmal/Bengkel/Padang)
- Amalan Profesionalisme Keguruan.
e) Standard 5 - Kemenjadian Murid
(50 aspek - 35%)
Kemenjadian Murid Sekolah Menengah
(PKS Tg. Per - Tg. 3, Tg. 4 - 5 dan Tg. 6)
- Pencapaian Murid Sekolah Menengah (Ting. Per./1 - 3) Dalam PKS.
- Pencapaian Murid Sekolah Menengah (Ting. 4-5) Dalam PKS.
Kemenjadian Murid Sekolah Menengah
(PMR, SPM, STPM dan STAM).
Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum dan
Sukan.
Kemenjadian Sahsiah Murid.
- Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR.
- Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM.
Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum dan
Sukan.
- Pencapaian murid dalam Kelab dan Persatuan.
- Pencapaian murid dalam Badan Beruniform.
- Pencapaian murid dalam Sukan dan Permainan.
- Pencapaian murid Keseluruhan kokurikulum dan Sukan.
Kemenjadian Sahsiah Murid.
- Sikap dan perlakuan positif.
- Disiplin murid (Kes ringan, sederhana, berat)
- Kehadiran murid.
0 comments:
Post a Comment